Dengarnya, jejaka rambut rebonding paling macho di Malaysia, siapa lagi kalau bukan Akhil Hayy akan menyaman mana-mana blogger yang menulis perkara tidak elok mengenai dirinya dan juga isteri baru’nya, Waheeda pada bila-bila masa.
Kata Akhil Hayy, dia akan menyaman mana-mana blogger yang menulis cerita yang tidak baik tentang dirinya dan Waheeda tidak kira sama ada mereka (blogger) mengaibkan beliau selepas dan sebelum mereka berkahwin, kedua-duanya akan diambil kira.
Fuh, berketaq juga lutut dibuatnya apabila membaca ‘luahan perasaan’ Akhil Hayy ni. Apa tak’nya, kat mana Zon Artis nak cekau duit untuk bayar saman tu nanti andaikata Zon Artis termasuk dalam senarai? Tak ke haru-biru jadinya. Huhu..
Tapi setelah melihat dan membaca semula kesemua post yang melibatkan Akhil Hayy dan Waheeda di Zon Artis ini, dapatlah kami menarik nafas lega kerana tiada satu pun artikel melampau dari kami yang ‘menzalimi’ beliau dan isteri baru beliau.
So kepada Akhil Hayy, janganlah saman Zon Artis yer. Kami tak pernah pun nak kutuk anda. Kalau ada tu pun, anggap saja sebagai kutuk-kutuk sayang. Huhu.. Tapi kalau nak saman juga, awal-awal kami bagi tau yang kami takde duit nak bayar. Hehe..
Copy/Paste From : http://www.zonartis.com/panas-akhil-hayy-nak-saman-blogger-takutnya/
Click "nang it!" Button To Vote For This Post. Thank You...!
Friday, August 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment
Say Something