Tabung Bersama Mu

Blog Widget by LinkWithin

Saturday, October 24, 2009

Bom Seberat 227KG Peninggalan Perang Dunia Kedua Dijumpai 400m Dari Rumah Blogger aReaL (Its Me..)

PUCHONG, 24 Okt (Bernama) -- Sepasukan polis dari Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor sedang mengorek tanah sedalam 10 meter dan membina benteng pasir bagi memusnahkan bom seberat 227kg peninggalan Perang Dunia Kedua yang ditemui di tapak pembinaan Taman Damai Utama, Bandar Kinrara dekat sini petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar memeriksa
sebutir bom lama tahun 1945 jenis MK 1 seberat 227 kg yang dijumpai
pekerja Indonesia di tapak pembinaan Taman Damai Utama Puchong di sini, hari ini.
Bom tersebut akan dimusnahkan lewat petang ini. Polis mengarahkan penduduk dari
Taman Puncak Jalil 7 dan enam blok Pangsapuri Enggang berpindah ke kawasan
semasa kerja pemusnahan dilakukan.-Foto BERNAMA.

Bom berukuran kira-kira satu meter panjang itu yang ditemui oleh sekumpulan pekerja tapak pembinaan taman itu apabila diletupkan lewat petang nanti dipercayai akan menyebabkan gegaran sekitar satu kilometer radius.




Bagi menjamin keselamatan penduduk sekitar, polis mengarahkan ratusan penduduk di Taman Puncak Jalil 7 dan enam blok Pangsapuri Enggang di sini mengosongkan kediaman masing-masing ketika kerja meletupkan bom dilakukan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata polis akan menggunakan pembesar suara bagi mengarahkan penduduk di dua kawasan perumahan itu untuk mengosongkan kediaman masing-masing demi keselamatan.

"Bom itu akan dimusnahkan lewat petang ini selepas kerja-kerja membuat benteng tanah dan mengorek lubang selesai dilakukan yang dijangka mengambil masa kira-kira tiga jam," katanya kepada pemberita Sabtu

Tinjauan Bernama di kawasan itu mendapati pita kuning polis turut dipasang bagi menghalang laluan masuk ke kawasan itu dan kerja-kerja tanah di kawasan tersebut turut dihentikan.

Bom itu ditemui kira-kira pukul 6 petang Jumaat ketika pekerja tapak pembinaan itu sedang mengorek tanah di kawasan tersebut dan pada bom itu tertera tahun 1945 dan model MK1.- Bernama

Here Few Photo I Capture Before My Phone Battery Dead.. "Damn It".....



Will Upload 3 More Photo After This... This Fuc*ing Streamyx Cant Upload Now...

0 comments:

Post a Comment

Say Something

 
Disclaimer :
aReaL Blog's does not stores any files on its server. And We does not reserve any rights to the content listed on these pages. All references are copyright to their respective owners.If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me at are_realize@hotmail.com content will be removed or modified accordingly.Thank You