Tabung Bersama Mu

Blog Widget by LinkWithin

Friday, October 9, 2009

Julfekar – Simpati Bertukar Sangsi

Dalam seminggu ini, dunia hiburan kecoh mengenai cerita Farawahida yang dikatakan cuba membunuh diri kerana tidak tahan dengan tekanan yang menimpa dirinya sejak kebelakangan ini.
Ternyata berita yang disampaikan tidak benar sama sekali dan berbaur fitnah. Ada yang beranggapan cerita yang mereka dengari tidak lebih sebagai berniat jahat, tidak kurang juga ada yang beranggapan ada pihak sengaja mengadakan cerita kerana ingin meraih simpati sekaligus populariti.


Julfekar antara nama yang dikaitkan dengan penyebaran cerita kotor ini. Namun empunya diri tidak mahu melenting, malah menganggap segala tuduhan yang dilemparkan tidak meninggalkan kudis buatnya.

“Buat apa saya nak menyebarkan fitnah dia bunuh diri, semua ini tidak mendatangkan keuntungan langsung buat saya,” akuinya ketika dihubungi GUA.

Mengakui dia sendiri bingung dan sedih ketika mula-mula menerima khabar angin kematian penyanyi yang pernah menjadi anak didiknya itu, Julfekar pilu mengenangkan nasib yang menimpa Farawahida.

“Ramai kawan-kawan yang menelefon dan bertanya sejauh mana kebenaran cerita itu. Saya sendiri tidak tahu menahu mengenainya dan bingung memikirnya. Malah saya tidak segan mengakui turut sedih dan menitiskan air mata apabila mendapat tahu cerita ini.

“Walaupun saya marah kepadanya, tetapi saya tetap mengingati saat-saat indah ketika kami bersama,” jelas duda anak tiga ini.

Namun selepas mengetahui cerita sebenar, perasaan simpati akhirnya bertukar sangsi. Mana tidaknya, selang sehari, Farawahida muncul dalam rancangan terbitan TV3, 'Wanita Hari Ini'.

“Rasa sedih dan simpati akhirnya hilang. Bagi saya ada pihak yang sengaja ‘main wayang’ dengan mengadakan cerita sebegini untuk meraih kepentingan peribadi. Saya akui mendapat tahu dia akan muncul dalam program itu, namun tidak berkesempatan menonton kerana urusan kerja dan perlu bersegera ke masjid untuk solat Jumaat,” tambahnya.

Enggan berputus asa dengan tuntutan yang dibuat, Julfekar tetap dengan pendiriannya membuat tuntutan mahkamah terhadap kerugian yang dihadapinya.

“Selepas cerita bunuh diri ini timbul, saya yakin ada pihak sengaja ingin mengalihkan perhatian daripada cerita sebenar (tuntutan ganti rugi). Apapun, saya tidak mahu masuk campur urusan fitnah ini,” katanya lagi.

Bayar sewa rumah RM 14,400
Cerita mengenai tuntutan ganti rugi tidak akan berakhir selagi kes ini tidak didengari di mahkamah. Julfekar memberitahu, dia bukan sahaja mengalami kerugian yang disebabkan oleh kerja-kerja penerbitan album, malah terpaksa pula menerima hakikat bahawasanya dia perlu menjelaskan segala hutang piutang yang melibatkan Farawahida.

Terbaru, dia terpaksa mejelaskan sewa rumah yang tertunggak sejak 12 bulan lalu sebanyak RM14,400. Bukan setakat itu, dia juga terpaksa menanggung kos kerosakan rumah itu sebanyak RM3,000.

“Mengikut perjanjian, rumah itu disewakan mengikut terma 1+1, maknanya, walaupun tiada penghuni, saya masih perlu menjelaskan sewa bulanan. Dia tak fakir ke? Tindakannya melarikan diri bukan sahaja menyusahkan saya, malah membuatkan saya menanggung kerugian. Bagi saya, dia tak ubah umpama hidup gembira di atas kesengsaraan orang lain.

“Saya yang terpaksa menanggung segala kerugian. Banyak lagi yang ingin saya tuntut, tapi bila kita minta cara baik, dia tak layan. Daripada berbuih mulut minta dipulangkan itu ini, lebih baik di bawa perkara ini ke mahkamah,” jelas Julfekar yang sudah mengemukakan permohonan mahkamah baru-baru ini.

0 comments:

Post a Comment

Say Something

 
Disclaimer :
aReaL Blog's does not stores any files on its server. And We does not reserve any rights to the content listed on these pages. All references are copyright to their respective owners.If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me at are_realize@hotmail.com content will be removed or modified accordingly.Thank You