
Ketua Polis daerah, Deputi Superintendan Johari Jahaya, berkata dalam kejadian dipercayai berlaku jam 12 tengah malam hingga 6 pagi itu, perompak terbabit turut memotong wayar kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengelak perbuatan mereka dirakam.
Menurutnya, siasatan mendapati kumpulan penjenayah dipercayai dianggotai tiga hingga lima orang memecah masuk kedai itu dengan menebuk dinding menerusi tangga premis bersebelahan menggunakan gerudi hidrolik.
“Sebaik memasuki kedai pajak gadai itu, mereka menggeledah kedai berkenaan dengan bantuan api lilin.
“Mereka sekali lagi memecahkan dinding bilik kebal tempat menyimpan barang kemas milik pelanggan Ar-Rahnu sebelum melarikannya. Bagaimanapun, mereka gagal melarikan wang tunai dalam bilik sama,” katanya ketika dihubungi, semalam.
0 comments:
Post a Comment
Say Something