Tabung Bersama Mu

Blog Widget by LinkWithin

Sunday, February 7, 2010

Dadah dalam coli, Hebat Tu.. Mesti Nampak Cam Pam Anderson Kan..?

KUALA LUMPUR: Bermodalkan seluar dalam dan coli bersaiz besar untuk menyorok dadah, sindiket pengedaran dadah didalangi warga Indonesia dikesan berlumba-lumba cuba menyeludup dadah sintetik terutama Ecstasy dan syabu ke negara berkenaan dengan taktik popular itu.

Aktiviti penyeludupan dadah sintetik terbabit semakin galak dan aktif apabila kebanyakan mereka berjaya diberkas sebaik tiba di Pelabuhan Batam atau Dumai, Indonesia selepas mengambil pengangkutan feri dari beberapa pelabuhan di negara ini.


Gambar Xda Kena Mengena Pon.. SajeJe bagi Hots... Hehehe...


Dalam kes terbaru semalam, seorang lelaki warga Indonesia berusia 32 tahun ditahan pihak berkuasa negara berkenaan sejurus tiba di terminal feri Pelabuhan Dumai, Indonesia.


Lelaki berasal dari Bagan Siapi-api, Sumatera, berkenaan didapati menimbulkan rasa curiga pihak berkuasa apabila berjalan dengan gaya pelik.


Berikutan itu, suspek ditahan sebelum pemeriksaan pada tubuhnya menemui ribuan bilik pil Ecstasy dan puluhan bungkus dadah syabu yang cuba disembunyikan di dalam seluar dalam dipakainya.


Ketika disoal siasat, suspek mengaku mengambil upah sebagai budak penghantar dadah dengan diberi ganjaran sebanyak RM2,000. Beliau mendakwa baru pertama kali melakukan kegiatan jenayah itu kerana teruja dengan jumlah upah ditawarkan itu.


Suspek yang bernama Susanto diserahkan kepada polis bersama barang bukti iaitu 2,500 biji pil Ecstasy dan 40 peket dadah syabu.


Kes terbaru itu kian membimbangkan pihak berkuasa negara berkenaan berikutan peningkatan jumlah pengedar dadah yang dikesan cuba menyeludup masuk dadah dari negara ini menggunakan jalan laut.


Dalam kejadian berasingan Isnin lalu, seorang wanita warga Indonesia turut diberkas ketika cuba menyeludup 2,100 biji pil Ecstasy melalui pelabuhan sama selepas mengambil feri terbabit dari pelabuhan Klang, Selangor.


Laman web berita Indosiar.com melaporkan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, suspek berusia 32 tahun dikesan menyembunyikan semua pil Ecstasy jenis ‘butterfly’ berkenaan di dalam seluar dalam serta coli yang sudah diubah suai terlebih dahulu. Siasatan mendapati suspek turut menyembunyikan 107 gram ketamin yang disimpan pada bahagian khas yang dijahit pada seluar dalam.


Difahamkan, suspek yang berasal dari Pekan Baru dikatakan mengadu sakit perut ketika diperiksa pihak berkuasa di pintu masuk terminal sebelum dihantar ke tandas.


Namun suspek kemudian bertindak cuba melarikan diri ke arah kereta yang terletak tidak jauh dari terminal feri itu sebelum dikejar dan diberkas pihak berkuasa. Suspek yang mendakwa diupah pihak sindiket turut dijanjikan ganjaran sebanyak RM12,000 sekiranya berjaya menyeludup masuk dadah berkenaan.


Sementara itu, Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Othman Harun berkata, pihak sentiasa bekerja sama dengan rakan setugas dari negara jiran bagi memerangi usaha penyeludupan dadah sama ada untuk dibawa masuk atau keluar dari Malaysia.



Its Only Takes 6 Seconds to say "Thank You", or 4 seconds to say "Whoooo". Click HERE For More...

1 comments:

Anonymous said...

quite interesting read. I would love to follow you on twitter. By the way, did any one learn that some chinese hacker had hacked twitter yesterday again.

Post a Comment

Say Something

 
Disclaimer :
aReaL Blog's does not stores any files on its server. And We does not reserve any rights to the content listed on these pages. All references are copyright to their respective owners.If you have any clarifications to be made or If you find any contents in this site which you think can be offensive contact me at are_realize@hotmail.com content will be removed or modified accordingly.Thank You