A shocked onlooker took the amazing snap after the 25-year-old scaled a wall and dropped 20ft into the beast's pen.
Four-year-old European brown bear Finn inflicted severe head and leg wounds as he carried him from one side to the other.
Last night the unnamed man was out of danger after the drama at Bern Park in Switzerland.
Vets say they are unable to operate because the bullet splintered badly.
Earlier this year a 32-year-old woman survived a mauling after jumping into a pool at Berlin Zoo in Germany to swim with polar bears.
BERN (Switzerland): Seorang lelaki cedera parah selepas beliau memasuki kandang beruang di Zoo Taman Beruang di Bern, Switzerland.
Lelaki 25 tahun itu yang didakwa kurang waras dilapor memanjat tembok mengelilingi taman itu dan kemudian jatuh empat meter ke dalam kandang beruang itu.
Mangsa kemudian diserang seekor beruang berusia empat tahun, Finn dan beliau dilapor cedera parah di kepala dan kaki.
Finn hanya berundur ke dalam guanya selepas ditembak polis.
Seekor lagi beruang yang tinggal di kandang itu, Bjoerk berusia 10 tahun tidak menyerang mangsa.
Lelaki itu dan juga Finn kini dirawat dan kedua-duanya dijangka pulih daripada kecederaan yang mereka alami.
Taman Beruang itu dibuka 25 Oktober lalu dan menyediakan tempat tinggal untuk Finn dan Bjoerk dengan lanskap lengkap dengan gua, cerun bukit, padang dan juga laluan ke tepi Sungai Aare.
Taman ini dibina selepas kematian Pedro, 28, di kandangnya Mei lalu.
Pihak berkuasa memutuskan untuk membina satu kawasan yang lebih sesuai untuk Finn dan Bjoerk dan projek itu dipelopor wakil perbandaran, Barbara Hayoz yang digelar ibu beruang kerana kesungguhannya untuk mewujudkan taman ini.
“Mereka akan hidup seperti beruang yang hidup liar di hutan meskipun taman ini di dalam bandar,” katanya. - Agensi
0 comments:
Post a Comment
Say Something